Anda pernah dengar tak nama Pusat Pengajian Abqori Huffaz Centre ? Rangkaian Kismis ? Pernah tahu tak yang Pusat Pengajian Abqori Huffaz Centre membimbing anak anda untuk hidup bersama al quran ?
Semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Gambar simpanan peribadi
Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri? Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
Melalui keberkatan membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan, kedua ibu bapa si pembaca akan dipakaikan mahkota kemuliaan yang sinarnya dapat melebihi sinar matahari yang sinarnya di dalam rumah kita. Sedangkan matahari itu letaknya sangat jauh dari tempat kita tetapi cahayanya sangat terang, apalagi jika matahari itu berada dalam rumah kita, pasti sinaranya luar biasa.
Hakim r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.
Gambar simpanan peribadi
7M Strategi Membimbing Anak Untuk Hidup Bersama Al-Quran
- Mengenalkan
Saat yang paling tepat mengenalkan Al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Tetapi Sayang sekali kerana ramai ibu bapa lebih suka menyimpan Al-Quran di rak yang tinggi dan sukar dilihat. Sesekali perlulah ditunjukkan dan diterangkan kepada mereka apakah kepentingan Al-Quran ini dan menceritakan ringkas apakah yang terkandung didalamnya. Sesekali perlihatkanlah Al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan Al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.
2. Memperdengarkan
Memperdengarkan ayat-ayat Al-Quran boleh dilakukan secara langsung dimana siaran televisyen Al-Hijrah sentiasa mendengarkan ayat ayat Al-Quran dan juga di radio Ikim. Ibu mengandung digalakkan mendengar ayat Al-Quran supaya janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan. Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat Al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah Al-Fatihah ketika dia sudah boleh bercakap nanti.
3. Menghafalkan
Menghafalkan Al-Quran boleh dimulakan apabila anak sudah lancar bercakap. Mulakanlah dengan surah surah yang pendek. Hal ini perlu dilakukan berulang kali sehinggakan anak boleh hafal surah tersebut. Kanak-kanak yang cerdas memiliki daya ingat yang luar biasa. Ibu bapa seharusnya mengambil kesempatan ini dengan baik supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Nabi SAW bersabda: Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan Al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).
4. Membaca
Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat ganda.
Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
5. Menulis
Belajar menulis akan mempermudahkan anak didalam membaca Al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf Al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi.
6. Mengkaji
Ajaklah anak mula mempelajari isi Al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan. Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari.
7. Mengamalkan dan Memperjuangkan
Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan Al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada Al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar Al-Quran tegak dalam kehidupan.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):
Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca Al-Quran kerana orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).
Gambar simpanan peribadi
Pusat Pengajian Abqori Huffaz Centre amat menitik beratkan pelajaran agama kepada anak anak anda dengan membawa slogan :
“Melestarikan Satu Rumah Satu Hafiz Genius”
Pusat pengajian ini menawarkan pengajian kepada anak anak tuan dan puan yang berumur dari 4 tahun hingga 15 tahun dan pengajiannya adalah seperti berikut :
- Pengajian Fardu Ain
- Asas Al – Quran (Muqaddam)
- Pra Tahfiz
- Tahfiz Harian
Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Pusat Pengajian Abqori Huffaz Centre ini, boleh la berhubung terus dengan ustaz seperti yang tertera di bawah :
Nama Ustaz : Ustaz M. Akmal Nqiuddin bin Mansor
No Telefon Pejabat : 04 573 7589
Fax Pejabat : 04 573 7115
Handphone : 019 420 3063
Alamat : No. 3024, Taman Gelugor Indah 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
Masa Pengajian : Isnin hingga jumaat
Sesi 1 (5.00pm – 7.00 pm)
Sesi 2 (7.00pm – 9.00 pm)
Pengajian Alquran Dewasa Seminggu Sekali
Isnin hingga jumaat bermula 9.00 pm – 11.30 pm