Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat

0
1746

Amatlah mengecewakan apabila terjadinya sakit kepala ketika bekerja. Kesibukan bekerja di siang hari akan terjejas apabila sakit kepala terjadi. Oleh yang demikian, disini dikongsikan petua tradisional hilangkan sakit kepala dengan segera di pejabat.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
*Sumber google

Anda harus tahu punca sakit kepala terjadi. Penyebab sakit kepala yang kerap berlaku adalah seperti berikut :

1. Tekanan darah tinggi.
2. Migrain.
3. Stress atau tekanan.
4. Tidak cukup tidur.
5. Kemurungan.
6. Sakit gigi.
7. Lambat makan.
8. Makan makanan yang mengandungi perisa tambahan seperti ajinomoto yang banyak.
9. Selesema

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
* Sumber google – Jenis sakit kepala

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat & Petua Hilangkan Sakit Kepala

1.GUNAKAN AIS
Sekiranya di pejabat ada ais batu, balutkan ais batu dengan kain atau tisu yang banyak kemudian tuamkan di bahagian kepala yang sakit.
Tuamkan selama mungkin sehingga rasa sakit tersebut kurang dan beransur hilang.
Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

2.BASAHKAN KEPALA ATAU MANDI
Basahkan kepala atau mandi boleh mengurangkan rasa sakit kepala. Kebanyakan dari kita mengalami panas dalam. Perubahan suhu juga adalah faktor penyebab sakit kepala. Dengan mandi atau panas kepala boleh mengurangkan rasa sakit kepala.

3.GUNAKAN BAWANG PUTIH (SEKIRANYA ADA)
Bawang putih mempunyai sulfur aktif yang dipanggil allicin. Allicin ni bertindak sebagai antibiotik bagi beberapa penyakit. Ada beberapa cara menghilangkan sakit kepala menggunakan bawang putih dan antaranya adalah menghiris bawang putih dan meletakkannya di bahagian kepala yang sakit. Satu lagi cara ialah meletakkan bawang putih di telinga seperti memakai earphone.

4.MINUM TEH HALIA
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu di dalam meningkatkan kitaran darah. Teh mengandungi anti oksidan yang tinggi dan banyak kelebihannya disamping ia mampu membuang angin di dalam badan. Apabila anda minum teh halia, ia dapat mengurangkan sedikit sakit kepala tetapi ia tidak boleh menyembuhkannya tetapi ia bergantung juga kepada individu berkenaan.

5.URUT MENGGUNAKAN MINYAK
Sekiranya ada minyak panas, anda boleh sapu dan mengurut di yang tempat sakit khususnya di bahagian kepala, tengkuk dan belakang telinga sehingga rasa sakit kepala berkurangan. Lakukan berulang kali supaya rasa tegang di kepala anda berkurangan.

6.TIDUR SEMENTARA
Cara ini berkesan bagi sesetengah individu dimana mereka tidur sekejap di kawasan yang tenang selama 30 minit hingga 1 jam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa sakit kepala malahan ia dapat merehatkan mata dan otak dari terus berfikir.

7.RENDAMKAN KAKI
Cara merendamkan kaki di dalam air suam juga boleh mengurangkan rasa sakit kepala. Ia dapat membuatkan pengaliran darah anda lancar.

8. DUDUK SECARA TEGAK DAN BERTENANG
Duduk tegak boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa pening. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.

9. MINUM AIR ELEKTROLIT
Bagi sesetengah orang, mereka dapat menghilangkan sakit kepala dengan minum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia bukan sahaja dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, malahan ia dapat memberikan tenaga kepada badan disamping melancarkan peredaran darah.

Sekiranya anda beragama islam, anda boleh membaca doa ini dan amalkan ketika anda sakit kepala :

1. Baca surah Al-Fatihah (1 kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1 kali)
5. Baca Surah An-Nas (1 kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selamat keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SWT (3 kali)

Nota : Sepanjang anda membaca semua surat tersebut, letakkan kedua tapak tangan di kepala terutama pada bahagian yang sakit.

Anda juga boleh baca artikel ini :
1. 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan.
2. Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan.
3. Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan
4. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
5. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

Sila KLIK Gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here