Panduan ini untuk mereka yang mencari kerja sambilan untuk menampung diri dan seisi keluarga. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, handphone dan internet. Mudah kan. Sila ikuti panduan kerja online sambilan tanpa modal ini.
Kerja sambilan ini walaupun ianya sambil sambilan, ia tetap memerlukan komitmen dari segi masa dan fokus. Cuma apa yang menariknya, anda tidak perlu keluarkan modal dan sangat memudahkan anda untuk menjalankan perniagaan ini.
Terdapat banyak kerja yang anda boleh lakukan. Antaranya seperti berikut :
Isi Kandungan
1. Dropship.
Banyak produk tawarkan peluang menjadi dropship. Antara yang popular adalah produk pakaian, produk kecantikan, produk kesihatan, produk borong dari china dan juga produk kegunaan seharian.
APA YANG BEST BUAT BISNES DROPSHIP?
a) Tiada Modal permulaan atau modal permulaan yang minima
Kebiasaannya, usahawan akan minta minimum RM10 untuk mendaftar sebagai dropship dan ada juga usahawan yang bagi peluang secara percuma.
Bergantung kepada produk yang ingin anda jalankan.
Bayaran pendataran tersebut hanyalah sebagai satu komiten anda untuk menjalankan dropship.
Anda hanya perlu promosikan kepada pelanggan.
So, kalau anda ada modal, gunakan duit lebih anda untuk buat pemasaran dan pengiklanan nanti.
b) Sesuai jika anda seorang yang sibuk
Kalau anda masih bekerja makan gaji, atau masih belajar, atau suri rumah, bisnes model dropship ini sangat sesuai.
Anda tak perlu risau pasal nak buat produk, nak simpan stok atau buat penghantaran tempahan pelanggan kerana itu adalah tanggungjawab pembekal.
Sehari paling kurang, luangkanlah masa dalam 1 ke 2 jam untuk fokus dropship ini.
Semakin anda rajin, semakin murah rezeki anda akan dapat.
Kalau anda mampu beri masa lebih pada bisnes, dah tentu lebih cepat bisnes anda berkembang.
c) Boleh buat di mana sahaja.
Bila anda buat bisnes dropship secara online, anda tak perlu pun ada office atau premis khas untuk run bisnes anda.
Apa yang anda perlukan hanyalah sebuah laptop atau handphone dan juga internet yang laju.
Pendek kata, tengah holiday pun boleh run bisnes. No problem.
Lokasi sasaran pelanggan anda juga tidak terhad di Malaysia saja.
Sebab anda juga boleh jual pada mana-mana pelanggan dalam dunia selagi mereka ada akses kepada internet.
d) Hanya fokus pada aktiviti pemasaran dan jualan saja.
Sebagai dropshipper online, anda hanya perlu fokus pada cara untuk cari dan jual produk.
Sebab perkara lain sebahagian besarnya dah diuruskan oleh pembekal.
Jadi anda sebenarnya ada lebih ruang dan masa, dan gunakan ia untuk mahirkan ilmu pemasaran dan jualan anda di internet.
Semakin anda mahir, semakin banyak peluang yang anda akan dapat.
Pergi daftar kelas-kelas pemasaran online yang berlambak sekarang. Atau kalau rajin, boleh explore dan belajar sendiri melalui Google dan Youtube.
Langkah untuk mula bisnes dropship (Kerja Online Sambilan Tanpa Modal)
Langkah 1 :Tentukan niche anda.
Niche ni dalam bahasa mudahnya kita boleh anggap sebagai ‘bidang’, ‘kategori’, atau ‘market’.
Jadi bila saya sebut anda perlu tentukan niche, ini bermaksud anda perlu pilih apa jenis market yang anda nak buat.
Langkah 2 : Pilih produk ‘hot yang berpotensi
Selepas anda dah tentukan niche anda, apa yang perlu anda buat seterusnya adalah cari produk yang ‘hot’ dan berpotensi dalam niche tersebut.
Ada banyak cara untuk cari.
Anda boleh cari secara percuma, atau untuk jimatkan masa, anda boleh gunakan tools berbayar seperti EcomHunt, Niche Scraper atau Sale Source
Kalau nak cari secara percuma, anda boleh browse di dalam marketplace Malaysia seperti Mudah.my, Lazada, Shopee, atau Lelong.
Langkah 3 :Cari supplier untuk produk tersebut
Lepas dah pilih produk, anda perlu cari supplier yang benarkan anda jual produk mereka secara dropship.
Ada banyak lubuk supplier yang anda boleh gunakan.
Jika di Malaysia, anda boleh cari supplier dalam marketplace terkenal seperti Shopee, Lazada, Lelong, Kumoten etc.
Langkah 4 : Bina kedai online anda.
Sesetengah yang mempunyai modal boleh membuat website.
Sekiranya anda tiada modal, lebih baik anda buat platform FB Page dan Instagram.
Langkah 5 : Promote kedai dan produk anda pada audien sasaran.
Sekarang dah tiba masa untuk anda ‘tarik’ orang masuk kedai anda.
Anda pelbagai strategi dan taktik pemasaran yang anda boleh guna secara online.
Tapi sebagai permulaan, saya nak anda fokus kepada Facebook group.
Anda postkan maklumat produk anda sekerap mungkin.
Langkah 6 : Mudahkan pelanggan untuk berhubung dengan anda
Last but not least, pastikan anda sediakan tempat untuk bakal pelanggan, ataupun pelanggan berhubung dengan anda.
Saya tengok di Malaysia, kebanyakan pembeli lebih gemar untuk chat dahulu dengan penjual sebelum buat keputusan membeli.
Kadang-kadang benda yang ditanya semua dah ditulis, tapi masih nak bertanya.
Pelikkan?
Sebenarnya, mereka bukan tak faham atau tak baca apa yang anda tulis, tapi mereka sebenarnya tak percaya lagi dengan anda.
Oleh sebab itu, anda perlu mudahkan mereka untuk berhubung dengan anda.
2. Ejen Affiliate (Kerja Online Sambilan Tanpa Modal)
Kita mempromosikan produk orang lain, kemudian apabila ada yang membeli atas hasil promosi anda maka anda akan mendapat komisyen.
Ia berbeza dengan dropship kerana kita hanya mempromosikan produk, bukan menjual produk. Pembeli akan terus berhubung dengan peniaga produk, bukan anda.
MACAM MANA INGIN MULAKAN BISNES AFFILIATE ?
a) Mulakan dengan melakukan sedikit research
Pencarian produk sebenarnya adalah satu proses yang amat mudah kerana ada terdapat banyak website2 produk yang menawarkan Affiliate Program.
Apa cabaran yang paling mencabar dalam bisnes online affiliate program?
Cabaran yang paling utama dalam bisnes online ialah mengenal pasti siapakah bakal pembeli kita.
b) Pencarian hot produk di Affiliate Network dan daftar
Ia adalah pihak ketiga yang menyelenggarakan Affiliate Program bagi memudahkan perhubungan di antara ahli2 Affiliate (publisher) dan syarikat2 (merchant) yang menyertai program Affiliate itu.
Contoh Affiliate Network yang anda boleh sertai:
Panduanterkini.com
Jombiz
Klikjer.com
Senarai di atas adalah antara Affiliate Network tempatan dan yang anda boleh sertai.
Berhati – hati ketika mencari peluang affiliate dan pastikan ia bukan satu scam.
c) Mulakan promosi link affiliate
Setelah anda mendaftar, anda akan diberikan link affiliate anda.
Sediakan copywriting menarik untuk anda menjual dan kongsikan kepada pelanggan.
Disini anda perlulah berhati hati kerana jika anda spam link tersebut, ia boleh menyebabkan anda di blok sementara waktu sama ada untuk penggunaan whatsapp, facebook, messenger, telegram atau linkedin.
d) Konsisten Promosi
Luangkan masa sehari 1 jam ke 2 jam untuk promosikan link anda.
Semakin anda rajin promosi, semakin luas peluang yang anda akan dapat.
So, usaha tangga kejayaan.
e) Tunggu jualan masuk
Setelah anda kerap melakukan promosi, anda boleh lihat hasilnya.
Anda hanya perlu semak sistem yang disediakan untuk melihat komisyen anda.
Anda boleh baca artikel ini : Buat Duit Santai Musim Covid-19
3) Menulis Artikel
Pada zaman serba teknologi ini, penulisan artikel menjadi rujukan utama dan maklumat
tersebut dapat disampaikan dan dibaca dengan hujung jari sahaja.
Mungkin ramai diantara kita masih tidak faham lagi dengan penulisan.
APAKAH JENIS PENULISAN YANG BOLEH SAYA BUAT ?
Mungkin ramai diantara anda belum faham dan tahu lagi bahawa penulisan artikel ini sangat diperlukan dan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat.
Berikut dikongsikan jenis penulisan yang anda boleh lakukan :
a) Hasilkan EBOOK sendiri.
Bagaimana saya ingin hasilkan ebook saya sendiri ?
Saya ingin merujuk kepada sumber mana?
Pelbagai persoalan akan bermain difikiran.
Jangan fikir sahaja. Buat !
Harini, untuk memasarkan hasil penulisan, anda tidak lagi memerlukan publisher.
Sebabnya?
Anda mampu hasilkan penulisan anda sendiri bergantung kepada fokus dan kepakaran
anda. Pembaca suka membaca sesuatu yang sangat bermanfaat dan membantu mereka
khususnya kepada usahawan yang menjual produk dan servis. Pembaca harini lebih suka
membaca ebook berbanding dengan hardcopy.
Semakin banyak ebook anda dipasaran, anda akan semakin dikenali ramai.
Masa kini semua lapisan masyarakat akan tertumpu kepada maklumat di Google.
Dihasil carian maklumat tersebut akan wujudlah artikel artikel yang ditulis dari website yang berdaftar.
Sebagai seorang blogger, punca pendapatan adalah bergantung daripada :
- Menulis artikel yang mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain. Perkhidmatan ini dikategorikan seperti product review atau service review. Bayaran untuk review tersebut bergantung kepada popularity website penulis itu sendiri. Semakin popular website tersebut, semakin mahal harganya.
- Artikel tersebut didaftarkan dengan Google Adsense yang boleh menempatkan iklan didalam website tersebut. Bayaran adakan diperolehi apabila ramai pembaca klik iklan yang dipamerkan. Bayaran ini akan dibayar setiap bulan pada tarikh 21 & 22. Terdapat beberapa lagi syarikat yang menawarkan peluang iklan seperti adbrite, infolinks, media.net dan innity.
c) Khidmat penulis sambilan (freelancer) untuk website.
Terdapat banyak website yang menawarkan perkhidmatan penulis sambilan.
Penulis ini hanya perlu menulis mengikut niche yang diberikan.
Bayaran akan dibuat setelah penulis berjaya menyiapkan artikel yang dikehendaki.
Website yang menawarkan perkhidmatan ini adalah seperti www.panduanterkini.com .
Bayaran untuk satu artikel kebiasaanya minimum RM30 dan ia bergantung kepada niche
yang diberikan.
Anda boleh baca artikel ini : Rahsia kerja sambilan sebagai penulis yang menguntungkan.
4) Bigo LIVE
BIGO LIVE membolehkan setiap orang berkomunikasi dengan video streaming secara live.
Setiap orang boleh mempunyai dua peranan di aplikasi ini, iaitu sebagai “broadcaster” dan sebagai “viewer”.
Untuk menjadi seorang “broadcaster”, anda hanya perlu mengaktifkan kamera di BIGO LIVE.
Tentu saja, syarat utamanya telefon bimbit yang anda gunakan harus mempunyai kamera
depan yang mencukupi. Sedangkan majoriti pengguna adalah viewer yang mengikuti siaran
langsung para broadcaster.
Sebagai seorang “broadcaster”, anda boleh menunjukkan kehidupan seharian anda pada
orang ramai dengan menyanyi, bermain gitar, menayang movie, memasak, berkongsi tutorial make up atau fesyen.
Sememangnya setiap teknologi akan memberi kesan baik dan buruk pada pengguna. Begitu juga dengan media sosial seperti BIGO LIVE. BIGO LIVE mampu memberikan kesan positif yang nyata bagi para penggunanya. Sebaliknya, ia juga mampu memberi kesan negatif jika seseorang salah guna aplikasi video streaming BIGO LIVE.
Untuk mendapat gaji dari BIGO LIVE, tidak semua orang boleh menjadi official “broadcaster”.
Mereka yang berminat, perlu menjalani temuduga terlebih dahulu. Beberapa syarat untuk
menjadi broadcaster seperti contoh Lelaki atau lelaki berusia 16 – 30 tahun, mempunyai
penampilan yang menarik, menyeronokkan dan bijak berkomunikasi.
Selain itu “broadcaster” juga boleh meraih pendapatan dari live broadcasting yang dia lakukan.
Pendapatan itu boleh diperoleh dari gift berupa beans atau diamond yang diberikan oleh para penonton sebagai bentuk penghargaan.
So, untuk sesiapa sahaja diluar sana yang berminat nak buat duit dengan handphone, aplikasi BIGO LIVE merupakan salah satu platform yang terbaik untuk menjana keuntungan dari internet khususnya untuk kaum wanita! Pastinya ini peluang terbaik anda menjana pendapatan dalam USD! Hanya buat live dan berkomunikasi dengan penonton boleh dapat duit USD bertubi-tubi.
5) Jual Kemahiran di Website (Kerja Online Sambilan Tanpa Modal)
Jika anda mempunyai kemahiran sendiri sama ada menggunakan adobe illustrator atau adobe photoshop, adobe premiere, adobe after effect, anda boleh menjana pendapatan secara online dengan menggunakan website seperti berikut :
Terdapat pelbagai jenis kemahiran yang anda boleh jual disini. Bayarannya bermula 5 USD.
Berikut adalah 5 contoh kerja online sambilan tanpa modal.
Semakin banyak anda lakukan, semakin banyak rezeki yang anda akan dapat.
Kerja yang saya kongsikan ini adalah kerja sambilan dirumah yang diiktiraf berkesan membantu anda.
Kepada anda yang mencari kerja sambilan di rumah terkini, diharapkan artikel ini dapat membantu.
Anda juga boleh baca artikel ini : 55 Teknik BOSS Tarik Pelanggan
Kerja Online Sambilan Tanpa Modal
[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]