Adakah anda ingin berjaya di dalam perniagaan online atau offline? Berikut adalah 7 tabiat Orang Yang Berjaya di dalam Perniagaan Online atau Offline.
7 Tabiat Orang Yang Berjaya Dalam Perniagaan Online atau Offline
CARA MEMBANGUNKAN TABIAT
Sesuatu tabiat ditakrif sebagai pertindihan antara pengetahuan, kemahiran dan kemahuan. Pengetahuan adalah memahami apa yang perlu dilakukan dan mengapa ia perlu dilakukan; kemahiran ialah mengetahui bagaimana melakukannya; keinginan ialah dorongan atau kemahuan untuk melakukannya. Untuk membentuk tabiat – tabiat, kita perlu bangunkan ketiga tiga komponen ini. Barulah ia diistilahkan tabiat orang berjaya.
AKHLAK DAN PERSONALITI
Perhubungan antara akhlak dan personaliti boleh digambarkan sebagai suatu tungkul ais. Di kemuncak tungkul air batu (iceberg) itu – personaliti adalah apa yang orang nampak dahulu. Walaupun imej, teknik dan kemahiran boleh mempengaruhi kejayaan luaran anda, nilai keberkesanan yang benar terletak pada akhlak yang baik.
TABIAT 1 : MENJADI PROAKTIF
CIRI ORANG YANG PROAKTIF
- Cepat respon selaras dengan nilai
- Menerima tanggungjawab bagi tingkah laku sendiri
- Memberi fokus kepada bulatan pengaruh
TINGKAH LAKU PROAKTIF
Orang yang proaktif menggunakan ruang kebebasan untuk membuat pilihan yang paling sesuai dengan nilai mereka. Kebebasan untuk memilih akan membesar apabila mereka menggunakan ruang di antara ransangan dan respon secara bijak.
RANSANGAN —-> KEBEBASAN UNTUK MEMILIH SEJAJAR DENGAN NILAI —-> RESPON
Anda boleh pilih tindakan anda tetapi anda tidak boleh pilih akibatnya. Ianya dipengaruhi oleh hukum atau prinsip semulajadi
TABIAT 2 : MULA DENGAN MENGINGATI MATLAMAT
Ramai dikalangan kita mendapat identiti dirinya melalui pendapat, persepsi dan paradigma orang disekeliling. Mereka membenarkan keadaan, pelaziman, dan cermin sosial untuk membentuk siapa diri mereka dan apa pencapaian mereka.
Di sebaliknya orang yang berkesan, mencorak masa depan mereka sendiri. Mereka tidak membiarkan orang lain atau keadaan yang menentukan masa depan mereka. Mereka merancang secara mental dan kemudian mencipta hal positif secara fizikal. Apa yang ada dalam minda mencorak masa depan mereka.
Mula dengan mengingat matlamat dapat digunakan dalam semua bidang kehidupan
TABIAT 3 : UTAMAKAN PERKARA PENTING DAHULU
Apakah perkara pertama ? Perkara pertama ialah perkara yang anda dapati paling bermanfaat untuk dilakukan. Mereka menggerakkan anda ke arah yang betul. Mereka membantu anda mencapai tujuan yang berpusatkan prinsip yang anda fikirkan di dalam TABIAT 2.
Senaraikan lima atau enam perkara yang anda ingin utamakan dalam kehidupan profesional dan peribadi anda dan kemudian tentukan keutamaan perkara sebenar.
Kuncinya ialah bukan untuk mengutamakan jadual anda tetapi untuk menjadualkan keutamaan – keutamaan anda
TABIAT 4 : FIKIRKAN MENANG MENANG
ENAM PARADIGMA INTERAKSI MANUSIA
Menang – Menang
Orang yang memilih untuk menang dan menentukan orang lain juga menang sebenarnya mengamalkan menang – menang (win win). Orang yang berparadigma menang – menang berusaha untuk mencari penyelesaian yang mengembirakan mereka dan memuaskan orang lain pada masa yang sama.
Ciri – ciri
- Mencari manfaat bersama
- Bekerjasama tidak bertanding
- Lebih mendengar, melibatkan diri berkomunikasi lebih lama dan berkomunikasi dengan lebih berani.
Menang – Kalah
Orang yang memilih untuk kalah dan membiarkan orang lain menang menunjukkan timbang rasa yang tinggi terhadap orang lain, tetapi kurang keberanian untuk menyata dan bertindak berasaskan perasaan dan kepercayaan mereka. Mereka begitu mudah merasa terancam maka mereka memerlukan penerimaan dan kepopularan daripada orang lain.
Ciri – ciri
- Tidak menyuarakan pendapat, tuntutan, harapan terhadap orang lain.
- Cepat untuk menyukakan dan mengalah.
- Memendam perasaan.
Kalah – Kalah
Orang yang mempunyai paradigma kalah – kalah mempunyai keberanian dan timbang rasa yang rendah. Mereka cemburu dan mengkritik orang lain. Mereka merendahkan diri sendiri dan orang lain.
Ciri – ciri
- Satu pemikiran bagi orang yang amat bergantung pada orang lain.
- Sama seperti ‘tidak menang’ kerana tiada sesiapa yang beroleh manfaat.
- Suatu hasil menang – kalah, kalah – menang atau menang pada jangka masa yang panjang.
Menang
Orang akan mempunyai paradigma menang hanya memikirkan kepentingan sendiri. Walaupun mereka tidak semestinya mahukan orang lain kalah, tetapi mereka sendiri tetap ingin menang. Mereka berfikir secara bebas dalam situasi yang memerlukan sifat saling bergantungan, tidak sensitif atau tidak sedar tentang orang lain.
Ciri – ciri
- Berpusatkan diri sendiri.
- Memikirkan ‘saya dahulu’.
- Tidak begitu kisah sama ada orang lain menang atau kalah.
- Mempunyai suatu Mentaliti Kekurangan.
Menang – Menang atau Tiada Rundingan
Menang – menang atau tiada rundingan ialah bentuk menang menang yang paling tinggi. Orang yang menggunakan paradigma ini berusaha mencapai menang menang terlebih dahulu. Jika mereka tidak dapat mencapai penyelesaian yang boleh diterima, mereka akan bersetuju untuk tidak bersetuju secara damai.
Ciri – ciri
- Membenarkan setiap pihak untuk mengatakan tidak.
- Adalah yang paling realistik di awal sesuatu perhubungan atau rundingan perniagaan.
- Adalah bentuk ‘menang’ yang paling tinggi.
TABIAT 5 : USAHA MEMAHAMI DAHULU KEMUDIAN UNTUK DIFAHAMI
DIAGNOSE SEBELUM ANDA MEMBERI PRESKRIPSI
Ramai orang tidak mengambil masa dan usaha yang seharusnya untuk membuat diagnosis terhadap sesuatu simtom sebelum memberi preskripsi. Dalam erti kata lain, mereka terus membuat diagnosis terhadap kondisi, situasi atau masalah orang lain, lantas memberi nasihat mereka sendiri. Mereka mendengar dengan tujuan untuk menjawab dan tidak mendengar dengan tujuan untuk memahami. Jika kita mendengar dahulu supaya memahami, kita boleh mengambil masa yang diperlukan untuk membuat diagnosis yang sempurna sebelum membuat preskripsi.
Tahap Pendengaran
Semasa orang lain bercakap, kita mendengar pada salah satu daripada 5 tahap : tidak mempedulikan, mendengar secara berpura – pura, mendengar secara pilihan, pendengaran penuh perhatian atau mendengar secara empati. Orang yang mendengar di keempat tahap yang awal biasanya sedang mengikuti niat yang tersendiri. Orang yang mengamalkan pendengaran di tahap yang kelima, Pendengaran Empati, akan cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh orang lain dan merasai daripada sudut pandangan orang lain.
Tidak Mempedulikan
Tidak berusaha untuk mendengar
Pendengaran Berpura Pura
Berpura – pura atau memberi suatu gambaran seolah olah anda sedang mendengar.
Pendengaran Pilihan
Mendengar bahagian yang hanya anda berminat.
Pendengaran Penuh Perhatian
Memberi perhatian dan fokus kepada apa yang dikatakan oleh orang yang sedang bercakap dan membandingkannya dengan pengalaman diri sendiri.
Pendengaran Empati
Mendengar dan merespon dengan kedua – dua hati dan minda untuk memahami kata – kata, tujuan dan perasaan orang yang sedang bercakap.
TABIAT 6 : BERSINERGI
PROSES BERSINERGI
Bersinergi ialah tabiat terakhir dalam kemenangan awam. Dengan menggunakan Tabiat 4 dan Tabiat 5, kita amakan keterbukaan dan komunikasi. Apabila kita bersinergi, kita melihat sesuatu masalah, memahami keperluan dan berusaha untuk mencipta sinergi atau suatu Pilihan Ketiga (satu penyelesaian bagi manfaat bersama) untuk memenuhi keperluan itu.
Keseluruhannya adalah lebih banyak daripada jumlah bagi bahagian – bahagiannya. Sinergi berlaku apabila dua orang atau lebih, secara bersama, menghasilkan sesuatu melebihi daripada jumlah apa yang mereka mungkin hasilkan secara berasingan.
TABIAT 7 : MENAJAMKAN GERGAJI
Menajamkan Gergaji adalah satu proses harian bagi memperbaharui empat dimensi diri kita : fizikal, mental, rohani dan sosial/emosi. Emosi dimensi ini memelihara dan menambah keupayaan dan membantu kita untuk mendisiplinkan minda, tubuh badan dan roh. Kemenangan Peribadi harian ini adalah suatu kemenangan ke atas diri sendiri. Bukan sahaja Kemenangan Peribadi harian ini akan meransangkan pertumbuhan, tetapi ia juga membantu kita mencapai Kemenangan Awam. Semasa kita mencapai kemenangan melalui pembaharuan, kita juga memelihara dan memupuk keenam – enam tabiat yang lain.
Kita boleh Menajamkan Gergaji dalam empat bidang :
- Fizikal
Kita membina kesejahteraan fizikal melalui pemakanan yang betul, senaman, rehat dan pengurusan tekanan.
2. Mental
Kita meningkat keupayaan mental melalui membaca, menulis dan berfikir.
3. Rohani
Kita bangunkan rohani melalui membaca tulisan yang memberi inspirasi, melalui meditasi, sembahyang dan melalui meluangkan masa dengan alam semulajadi.
4. Sosial / Emosi
Kita matang dari segi sosial dan emosi dengan secara membuat deposit yang konsisten setiap hari dalam Akaun Bank Emosi bagi perhubungan kita yang utama.
Semoga ketujuh tujuh tabiat ini dapat membantu anda untuk berjaya.
7 Tabiat Orang Yang Berjaya Dalam Perniagaan Online atau Offline
Anda juga boleh baca artikel ini :
Motivasikan Diri Dengan 4 Perkataan. Anda Pasti Bersemangat !