Caryna House Café Buat Anda Rasa Seperti Di Sabah Dengan Menu Sabah Istimewa

0
2863

Adakah anda teringin atau rindu untuk menikmati masakan Sabah? Belum pernah sesekali rasa masakan Sabah? Ingin mencuba bersama keluarga tersayang ? Disini kami kongsikan sebuah restoran makanan yang popular di Puncak Alam Selangor yang menampilkan makanan Sabah hingga menambat hati para pelanggan yang berkunjung.

Isi Kandungan

Jom kita tengok apa yang menarik di Caryna House Café.

Sila FOLLOW Facebook Caryna House Cafe https://www.facebook.com/CHKcarynahousekafe/

Caryna House Kafé adalah satu-satunya restoran yang menawarkan makanan eksklusif Sabah yang diasaskan oleh Encik Tam. Menurut Encik Tam, menu makanan di restoran ini kebanyakannya diambil dari resepi Sabah. Keaslian keenakan rasa makanan ini membuatkan ramai masyarakat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur datang ke Caryna House Café untuk menikmati makanan Sabah ini khususnya kepada mereka yang pernah berkunjung ke Sabah atau orang sabahan yang berada di semenanjung.

Restoran ini terletak di Puncak Alam berhampiran dengan Tesco Puncak Alam dan menekankan konsep “lepak santai”. Disamping menikmati juadah, pengunjung juga ditemani irama muzik yang menenangkan. Caryna House Café bukan sahaja tempat menikmati juadah bersama keluarga dan insan tersayang tetapi ia juga menawarkan pakej majlis sambutan Hari Guru dan Sambutan Hari Lahir.

Terdapat banyak restoran dan kedai makan di Puncak Alam tetapi Caryna House Café menjadi pilihan masyarakat setempat.

Anda nak tahu apa yang menarik di Caryna House Café ?

Berikut adalah kelebihan yang diberikan kepada anda dan selari juga dengan motto Caryna House Café iaitu

“Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami”.

1. Beraneka jenis makanan Sabah yang disajikan untuk anda.
2. Pelbagai jenis jeruk Sabah yang unik dan sedap.
3. Ruangan makan yang santai dan selesa.
4. Wifi percuma kepada semua.
5. Pakej untuk sambutan majlis – majlis kecil
6. Perkhidmatan delivery kepada masyarakat setempat tanpa bayaran tambahan.
7. Diskaun 5% hingga 10% kepada pelajar UiTM yang membawa kad pelajar.

Baiklah jom kita tengok menu apa yang menarik di Caryna House Café. Semestinya, semua menu yang terdapat di Caryna House Café semunya terbaik, sedap dan rasanya sangat eksklusif tiada di tempat lain. Bagi yang teringin nak mencuba macam mana rasanya masakan Sabah bolehlah datang ke Caryna House Café.

Selain itu, bagi anak jati Sabah yang merantau di semenanjung samada bekerja atau menyambung pengajian bolehlah singgah-singgah di Caryna House Café untuk menikmati hidangan kampung halaman. Sekurangnya sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu pada kampung halaman.

DIM SUM (RM3.90 – RM4.50)

ROJAK SABAH (RM6.00 – RM8.00)

WANTAN HO (RM8.00)

TUHAU (SIDE DISH)

HINAVA (RM5.00 – RM6.00)

BAMBANGAN (SIDE DISH)

SUP GEAR BOX BORNEO (RM18.00)

AYAM PENYET (RM7.00)

NASI DAGING SPECIAL BORNEO (RM7.00)

CHICKEN CHOP JUMBO (RM21.00)

KOPI TENOM (RM2.50 – RM3.00)

AIR GELAS BESAR (RM7.00)

ICE BLENDED (RM4.00)

Ini adalah antara menu makanan yang amat popular di Caryna House Café . Sebenarnya ada banyak lagi menu hingga anda tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi yang pasti semuanya amat sedap. Kepada mereka yang nak mencuba masakan Sabah ini bolehlah berkunjung ke Caryna House Cafe yang dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu. Café ini dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

Sememangnya harga yang ditawarkan oleh Caryna House Café sangatlah berpatutan dan bertepatan juga dengan moto Caryna House Café iaitu “Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami”. Oleh yang demikian, berkunjunglah ke Caryna House Café dan kepada mereka yang berminat untuk tempahan, boleh lah berhubung terus dengan nombor yang tertera di bawah.

Kelebihan juga diberikan kepada para pelajar UiTM yang singgah untuk makan di Caryna House Kafé . Potongan harga 5% – 10% diberikan apabila pelajar menunjukkan kad pelajar ketika membayar.

Caryna House Kafé Puncak Alam
No 9, Jalan Niaga Bestari 5 Puncak Alam
42300 Bandar Puncak Alam

NOMBOR UNTUK DIHUBUNGI :
018 – 3768697 / 018 – 9672873 / 03 – 33938456

MEDIA SOSIAL
Facebook : Caryna House Café & Boutique

Instagram : @carynahouse

Sila KLIK Gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here