Anda teringin makan biskut raya? Mencari biskut raya yang sedap dan rangup? Kini biskut raya Homemade keluaran Azizi’s Cakery pasti menepati citarasa anda.
Kebiasaannya, biskut raya hanya dilihat sekitar musim perayaan. Pada ketika itulah tradisi kunjung mengunjung sesama keluarga dan sahabat handai menjadi acara wajib bagi mengeratkan silaturahim sesama kita. Justeru, hidangan yang paling dinanti oleh para tetamu adalah biskut raya.
Biskut raya yang pelbagai warna, saiz, bentuk dan perisa memeriahkan suasana perayaan dan majlis keramaian. Biskut tradisional seperti tat nenas, biskut suji dan batang buruk masih tidak ketinggalan menjadi biskut hidangan kegemaran masyarakat manakala biskut-biskut baru dan moden seperti biskut red velvet, tat nutella dan tat cadbury mempelbagaikan juadah tradisi di sini. Namun berakhirnya musim perayaan menandakan berakhirnya juga hidangan biskut-biskut raya. Hilang dari pandangan selama setahun sebelum kembalinya merayakan biskut-biskut ini. Sesekali jika teringin menikmati biskut raya, agak sukar untuk mendapatkannya.
Kini dengan Azazi’s Cakery, biskut raya tersedia untuk ditempah sepanjang tahun. Majlis keramaian anda samaada majlis perkahwinan, harijadi, perjumpaan keluarga atau bersantai sahaja bersama sahabat, bolehlah mendapatkan biskut-biskut raya keluaran Azazi’s Cakery ini dan memeriahkan hidangan bagi acara anda.
Isi Kandungan
Latarbelakang Pemilik Azazi’s Cakery
’Masak biar seikhlas hati’.
Prinsip pegangan Puan Norazazi Ithnain ini yang dididik oleh ibunya sejak kecil menjadikan biskut-biskut raya keluaran Azazi’s Cakery lazat seperti masakan rumah. Permulaannya pada tahun 2012, minat Puan Norazazi bertukar menjadi perniagaan apabila mendapat maklumbalas positif dari jiran-jiran dan sahabat handai tentang biskut-biskut buatannya.
Sejak itu, Puan Norazazi menimba ilmu untuk memperbanyakkan produk biskut dan kek. Namun apa yang menjadikan produk beliau istimewa dan tersendiri adalah keikhlasannya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti. Beliau tidak melihat produk Azazi’s Cakery sebagai mengaut keuntungan semata sebaliknya beliau memastikan kelazatan biskut dan kek sama seperti air tangan ibu. Produk Azazi’s Cakery tidak terhad kepada biskut raya sahaja, terdapat juga pelbagai pilihan pastri dan kek yang lain. Walaubagaimanapun, menurutnya biskut raya adalah produk terlaris sepanjang tahun.
Terdapat beberapa jenis biskut raya keluaran Azazi’s Cakery tetapi hanya 2 pilihan yang dikekalkan untuk tempahan sepanjang tahun kerana biskut tersebut sesuai untuk semua acara keramaian. Biskut raya yang dimaksudkan adalah ’Brownie Krispi’ dan ’Cashewnut Cornflakes’.
Produk Azazi’s Cakery
2. Cashewnut Cornflakes
Terkenal dengan rasa yang sedap dan kandungan vitamin E yang tinggi, cashewnut merupakan bahan utama bagi biskut ini. Ditambah pula dengan cornflakes menjadikan biskut ini juga pilihan masyarakat moden.
Kedua bahan yang diketahui mempunyai zat tersendiri, biskut Cashewnut Cornflakes lebih menarik minat golongan dewasa. Rasa yang tidak terlalu manis membuatkan pemakan tidak cepat muak dengan biskut ini. Cashewnut Cornflakes menjadi pilihan untuk majlis perkahwinan, perjumpaan keluarga dan kenduri marhaban. Harganya sama iaitu RM15 untuk balang kecil manakala RM35 untuk balang besar.
Pakej Tempahan Door Gift Istimewa
Azazi’s Cakery kini menawarkan pakej istimewa ’door gift’ atau cenderahati untuk majlis keramaian. Melalui pengamatan Puan Norazazi, masyarakat kini lebih inginkan cenderahati yang ringkas, mudah dan sedap. Oleh itu, beliau melebarkan produknya dengan menawarkan pakej ’door gift’ untuk tetamu untuk majlis keramaian. Sungguh tidak disangka bahawa langkah ini memenuhi permintaan pelanggan di luar sana dan produk beliau mendapat maklumbalas yang pakej ini memuaskan hati para pelanggan.
Harga pakej Azazi’s Cakery yang serendah RM1, pelanggan boleh memilih antara biskut-biskut keluaran Azazi’s Cakery untuk dipek dan diberikan kepada para tetamu. Terdapat beberapa pakej ’door gift’ yang boleh dipilih oleh pelanggan bersesuaian dengan majlis yang ingin dianjurkan. Butiran pakej boleh didapati di facebook dan instangram Azazi’s Cakery.
Majlis keramaian yang sering menempah pakej ini seperti :
• Majlis harijadi
• Majlis perkahwinan
• Kenduri doa selamat
Door Gift Brownie Krispi
Door Gift Majlis Harijadi
Maklumat Untuk Dihubungi
Jika berminat dengan biskut-biskut serta pakej door gift keluaran Azazi’s Cakery, berikut kami senaraikan cara menghubungi mereka.
• Telefon/Whatspp/Telegram : 012 6040025
• Fb Azazi’s Cakery – Sila Klik Sini
• Instagram – Sila Klik Sini
Sila KLIK Gambar di bawah ni :